KENALI
KBOJ

Kilang Beras Othman Jusoh Bersaudara (M) Sdn. Bhd atau lebih dikenali sebagai KBOJ merupakan salah satu syarikat 100% bumiputera yang masih bertahan dalam industri pemprosesan beras di utara tanah air.

Berpusat di Kampung Bemban, Jitra – KBOJ telah beroperasi secara formal sejak tahun 1983 lagi. Sebelum tahun 1983, Tuan Hj. Othman Bin Jusoh hanya memproses beras secara kecil-kecilan. Beliau membeli padi, memproses padi hanya di belakang rumah beliau.

Melihatkan perniagaan ini boleh pergi jauh, Tuan Haji Othman telah membesarkan kawasan pemprosesan padi dan mengembangkan perniagaan ini di tempat yang sama beliau mula berkecimpung dalam bidang ini. Seterusnya Tuan Haji Othman dibantu oleh anak-anak beliau untuk terus mengembangkan perniagaan keluarga ini.

KBOJ telah membekal beras secara tender kepada hospital kerajaan, kem tentera darat, udara dan laut, serta penjara di beberapa lokasi di Malaysia. KBOJ juga membekal beras kepada DMart (kedai runcit di bawah Felda) di seluruh Malaysia.

Kini, dengan pengalaman lebih dari 40 tahun dan diuruskan selama tiga generasi, KBOJ masih tetap bertahan di pasaran beras Malaysia dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki mutu dan kualiti beras kami supaya sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Menjadi pembekal beras Bumiputera utama yang membekalkan beras usang yang berkualiti tinggi dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia

  1. Mengekalkan kualiti beras dengan memilih padi yang terbaik dan menggunakan mesin yang berteknologi tinggi
  2. Menjadi beras pilihan orang ramai dengan mengetahui kemahuan dan kehendak semasa rakyat Malaysia

Perlukan lebih info tentang produk berkualiti tinggi keluaran Kilang Beras Othman Jusoh?