PROSES
PENGILANGAN
PROSES
PENGILANGAN BERAS
Oleh Kilang Beras Othman Jusoh Bersaudara (M) Sdn Bhd
PENERIMAAN PADI
- Padi yang telah siap dipotong dan dituai akan dihantar dengan lori untuk pemprosesan penghasilan beras
- Proses penimbangan beras akan dilakukan sebaik sahaja lori sampai ke kilang
PEMUTUAN PADI
- Proses penentuan kandungan air
- Menentukan berat padi dan harga sebenar padi serta kadar subsidi padi kepada pesawah
PENGERINGAN PADI
Padi yang diterima akan dikeringkan selama 24 jam bagi mengelakkan padi bertukar warna dan rosak
PENGISARAN PADI
Mengisar kulit padi daripada beras sehingga menghasilkan :
- Beras Perang
- Sekam (Produk Sampingan)
- Dedak (Produk Sampingan)
- Kepala Padi (Produk Sampingan)
- Temukut (Produk Sampingan)
PENGILATAN / PEMUTIHAN BERAS
- Beras perang yang terhasil daripada proses pengisaran akan melalui beberapa proses pengilatan dan pemutihan menggunakan mesin rice polisher
- Produk terakhir yang terhasil adalah :
a. Beras Putih
b. Beras Hancur
PENGGREDAN / PEMBUNGKUSAN BERAS
- Beras putih akan melalui proses saringan akhir iaitu proses Destoner dan Color Sorter untuk membuang bahan asing seperti batu, beras perang atau beras rosak
- Beras putih kemudiannya akan dicampur bersama beras hancur mengikut gred yang telah ditetapkan
PENGHANTARAN BERAS
Beras akan dihantar mengikut pesanan pelanggan